I'm nice.

Kitty softpaws/Ipoh/Law student/aberystwyth 2012♥

Sunday 25 March 2012

Bun,

First, i love you and I will love you for the rest of my life. saya takkan salahkan masa atau takdir kerana Allah telah tetapkan apa yang akan terjadi dalam hidup ini. Andai saya dapat putarkan waktu saya taknak benda sekecil zarah ini berlaku. Saya taknak benda yang terjadi hari ini berlaku dan menjadi sejarah hitam kepada kepercayaan saya terhadap awak. Sejak dari dulu lagi saya telah memberitahu awak cinta itu susah untuk kita lupakan sebenarnya tambah tambah cinta seorang wanita  pertama yang telah membuat kita tak tidur lena satu ketika dahulu. Sering kali saya ucapkan kepada awak ungkapan itu . Saya selalu mengingati awak kerana saya tak sanggup menghadapi situasi yang akan menghancurkan hubungan akrab kita selama 4 tahun ini.

Semenjak dua menjak ini saya selalu terperasan yang awak akan lebihkan orang lain daripada saya. Mungkin itu hanya perasaan saya ataupun saya yang telah memilih untuk berfikiran sebegitu. Semakin hari semakin saya dapat rasakan awak cuba menyembunyikan sesuatu daripada saya. Hari jumaat yang lepas saya terasa seperti ada yang tak kena dan ingin mengambil keputusan balik pada hari ini (ahad) Setibanya saya disini saya terus memeriksa handphone awak kerana saya tahu awak menyembunyikan sesuatu dan tanpa pengetahuan awak saya dah tahu segalanya. EVERYTHING.  Saya tak salahkan awak kalau awak nak bermesej bersama teman teman awak apa yang saya mahu hanya kejujuran. Dan hati saya remuk bila awak memberi tahu rahsia itu. Alangkah indahnya kalau saya tak balik KL hari ini. Alangkah bagusnya saya dibiarkan bodoh seorang diri selamanya.

Bun,
Saya taknak apa apa dari awak, Duit awak harta awak, yang saya nak hanya kejujuran dan keikhlasan . betapa remuknya hati saya bila melihat anda bermesra sebegitu. Alangkah ndahnya saya dilayan sebegitu. Saya tahu cinta awak terhadap diri ini terlampau mendalam. Dan saya tidak tahu kaalu cinta awak terhadap dirinya masih segar atau sudah pudar. Bagi saya, apa yang anda cuba terangkan kepada saya takda gunanya .

Terakhir sekali, Saya takkan tinggalkan awak. saya cuma nak masa untuk brsendiri. Mungkin cara menulis di blog dapat mengurangkan marah saya terhadap diri awak. Saya akan sentiasa menyayangi awak seperti dulu dan takkan pernah berubah sayang itu. Awaklah lelaki pertama yang membuka mata saya tentang kasih sayang. Saya takkan lupa janji janji kita selama ini.

Kekasih hatimu :
      mok

No comments:

Post a Comment